Tawaran Pembiayaan Pendidikan Peneraju Tunas Potensi 2019 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Tawaran Pembiayaan Pendidikan Peneraju Tunas Potensi 2019

Pembiayaan Pendidikan Peneraju Tunas Potensi 2019 ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM 2018 dan STPM 2017 dari keluarga berpendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah dan dari latar belakang yang mencabar untuk menyambung pendidikan tertiari di peringkat Asasi dan Ijazah Sarjana Muda (bagi lepasan SPM) / Ijazah Sarjana Muda (bagi lepasan STPM) dalam kursus terpilih di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).

Tawaran pembiayaan pendidikan Peneraju Tunas Potensi ini meliputi yuran akademik, yuran tempat tinggal, elaun buku, dan elaun sara hidup. Pelajar juga dikehendaki mengikuti Program Pemupukan dan Pembangunan Pelajar anjuran Yayasan Peneraju sekali setahun semasa cuti semester sepanjang tempoh pengajian yang bertujuan untuk mempertingkatkan sahsiah diri, kemahiran komunikasi, dan menerapkan sifat-sifat kepimpinan dan daya saing dalam diri pelajar.

Penempatan dan pendaftaran bagi kursus dan institusi pilihan pelajar yang berjaya mendapat pembiayaan pendidikan Peneraju Tunas Potensi akan diuruskan oleh pihak Yayasan Peneraju. Pelajar hanya perlu membuat pilihan pengajian yang diingini di dalam borang permohonan atas talian.

Senarai Program dan Institusi Tajaan Pembiayaan Pendidikan Peneraju Tunas Potensi:

Program Persediaan Ke Luar Negara (Twinning Programme)
  • Program: Kejuruteraan / Sains Kesihatan / Sains Aktuari;
  • Negara: United Kingdom / Australia / United States;
  • Pelajar yang terpilih dikehendaki menjalani pengajian di dalam negara terlebih dahulu sebelum ke luar negara mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Yayasan Peneraju.

Program IPTS Dalam Negara
  • Kejuruteraan: Mekanikal / Elektrik dan Elektronik / Awam / Kimia / Petroleum / Geosains;
  • Sains Kesihatan: Farmasi / Psikologi;
  • Ekonomi: Perakaunan / Kewangan / Pemasaran;
  • Teknologi: Sains Komputer / Teknologi Maklumat / Multimedia;
  • Pentadbiran: Pendidikan / Perniagaan / Pengurusan / Pendidikan Awal Kanak-kanak;
  • Institusi: UNITEN / UTP / CUCMS / IMU / UNIRAZAK / MMU / UNITAR;
  • Pelajar disarankan untuk merujuk ke laman web Universiti yang dipilih untuk melihat butiran terperinci program termasuk kampus belajar.
Muat Turun Senarai Penuh Kursus, Institusi dan Syarat Kelayakan Minimum

Cara Memohon Pembiayaan Pendidikan Peneraju Tunas Potensi:

  • Sebelum membuat permohonan, sila rujuk Soalan-soalan Lazim dan Senarai Kursus dan Institusi terlebih dahulu;
  • Setiap pemohon mestilah mempunyai emel peribadi masing-masing yang aktif;
  • Semua permohonan hendaklah dibuat secara online di sini;
  • Tarikh tutup permohonan ialah 20 Februari 2019. Permohonan selepas tarikh tersebut TIDAK akan dipertimbangkan.
Untuk sebarang pertanyaan atau aduan mengenai program pembiayaan ini, sila emel kepada ptp@yayasanpeneraju.com.my atau hubungi talian 03-27279002/9013/9016.
Biasiswa Peneraju Tunas Potensi
Tarikh tutup: 20 Februari 2019
Sumber: Portal YPPB

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)