Biasiswa Taiwan International Cooperation And Development Fund (ICDF) 2016 - Senarai Tawaran Biasiswa Malaysia 2024 | Malaysia Scholarship 2024 List

Biasiswa Taiwan International Cooperation And Development Fund (ICDF) 2016

Biasiswa Taiwan International Cooperation And Development Fund (ICDF) ditawarkan oleh Taiwan ICDF untuk rakyat Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Ph.D secara sepenuh masa di Taiwan.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil maklum bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pencalonan daripada kalangan pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) untuk memohon biasiswa ini.

Tarikh tutup: 10 Mac 2016 (Khamis)
biasiswa TAIWAN ICDF Scholarship INTERNATIONAL COOPERATION
87 Senarai Biasiswa &Pinjaman Pelajaran Malaysia 2013 / 2014

Syarat Kelayakan Memohon Biasiswa Taiwan International Cooperation And Development Fund (ICDF):

Pegawai-pegawai yang berminat untuk memohon hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
  • Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap;
  • Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;
  • Umur tidak melebihi 50 tahun untuk peringkat Sarjana dan tidak melebihi 45 tahun untuk peringkat Doktor Falsafah (Ph. D) pada tarikh tutup permohonan, tarikh memulakan pengajian atau satu tarikh yang ditetapkan penaja mengikut mana yang berkenaan;
  • Mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang baik;
  • Telah mengisytiharkan harta;
  • Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2012, 2013 & 2014) atau (2013, 2014 dan 2015);
  • Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
  • Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA;
  • Tiada mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dikira dari tarikh kursus ini bermula);
  • Kursus yang diikuti adalah berkaitan dengan bidang yang bersesuaian dengan bidang tugas;
  • Tidak mendapat penajaan (pinjaman atau biasiswa) daripada agensi penaja yang lain bagi pegajian yang diikuti; dan
  • Mengikuti pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik sedia ada yang dimiliki pegawai.

Cara Memohon Biasiswa Biasiswa Taiwan International Cooperation And Development Fund (ICDF):


Pegawai-pegawai yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan secara dalam talian di portal http://esilav2.jpa.gov.my dan perlu mengisi borang-borang seperti berikut: Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dimuat turun dan dicetak dengan disertakan bersama-sama:
  • Salinan Kad Pengenalan;
  • Salinan Ijazah Pertama atau kelulusan yang setaraf dengannya (skrol dan transkrip);
  • Salinan Ijazah Sarjana atau kelulusan yang setaraf dengannya (skrol dan transkrip);
  • Salinan pasport;
  • Salinan TOEFL / IELTS;
  • Dua surat rujukan;
  • Borang Laporan Perubatan Taiwan ICDF (Taiwan ICDF Medical Report (including an HIV test) dalam tempoh tiga bulan yang lalu; dan
  • Lain-lain dokumen yang diperlukan mengikut universiti yang dipohon oleh pemohon. Untuk maklumat lanjut layari laman web http://www.taiwanembassy.org/MY.
Hendaklah dikemukakan sebanyak 2 salinan selewat-lewatnya pada 10 Mac 2016 (Khamis) jam 5:00 petang kepada:

Bagi Pegawai Perkhidmatan Bukan Guru (PBG)

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan,
Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 4, Blok E12, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.

Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)

Sektor Dasar Keguruan,
Bahagian Pendidikan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 3, Blok E13, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.

Tuan/puan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut untuk pertanyaan lanjut:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Encik Azmi Tepoli
Tel: 03-8884 7947
E-mel: azmi.tepoli@moe.gov.my
Faks: 03-8884 7925

Encik Danial Abdillah bin Suhaimi
Tel: 03-8884 7943
E-mel: danial.suhaimi@moe.gov.my
Faks: 03-8884 7925

Bahagian Pendidikan Guru

Puan Siti Mariam binti Sulaiman
Tel:03-8884 1067
E-mel: mariam.sulaiman@moe.gov.my
Faks: 03-8884 1222


Sumber: MOE

Stay updated on the latest scholarships!

Facebook: www.facebook.com/TawaranBiasiswa
Telegram: www.t.me/scholarshipmalaysia



Please be informed that this list of Top Scholarship in Malaysia 2024/2025 will be updated periodically. Kindly visit our website regularly for timely information and opportunities to secure valuable scholarships that can shape your future. Don't miss out ;)